PENGARAH
ARIFF LOQMAN BIN ISMAIL
‘’
The trip to SK Telok Pial, Kuala Kurau, Perak to conduct our Social Engagement
project has taught me a few life lessons as well as given me irreplaceable
memories. Seeing the state of their education such as the small number of
teachers and the limited number of facilities and educational tools made me
realise how blessed I am to have been brought up in an environment that had a
reliable system to cater to my growth as a student. We often forget that there
are children out there who aren’t as lucky as us and we should count our
blessings. Education should be given to all children as it is a right. The
teachers who work hard in providing the education that the indigenous children
deserve are a blessing as they see the potential in these children that not
many could due to their background and state of living. I hope to meet more
people like them in the future who ignites the flames of passion in others.’’
TIMBALAN PENGARAH
NOR SHAHIRAH BINTI KHAIRUL ZA'IM
“Banyak
perkara yang telah saya pelajari secara langsung dan tidak langsung sepanjang
mengendalikan program ini. Perkara utama yang telah saya pelajari ialah
kemahiran mengendalikan sesuatu majlis/program. Mengendalikan majlis/program
bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan komitmen dan rasa
tanggungjawab yang tinggi serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi dari setiap
ahli kumpulan. Tanpa pengorbanan dari segi masa, tenga dan wang ringgit dari
semua pihak tidak mungkin program ini pasti tidak akan berjaya mencapai
objektifnya.Organisasi tanpa kepimpinan yang dinamik juga tidak akan berjaya
mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Saya juga telah berjaya mengasah
kemahiran saya untuk berucap di hadapan dengan lebih lancar dan teratur.
Selain
itu, saya juga dapat belajar berinteraksi dengan masyarakat setempat dengan
berkesan. Setiap lapisan masyarakat mempunyai karakter umum mereka yang
tersendiri, maka cara untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan setiap
lapisan masyarakat juga berbeza. Oleh kerana program kami terlibat daripada
pelbagai lapisan masyarakat maka tidak hairanlah ia dapat melatih kami untuk
berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan bagi setiap masyarakat. Sebagai
contoh cara untuk berkomunikasi dengan pelajar sekolah rendah amatlah berbeza berbanding
dengan organisasi surau. Faktor seperti umur, jantina dan tahap pendidikan
seseorangmemainkan peranan penting bagi menentukan tahap komunikasi yang perlu
diaplikasikan.
Di
samping itu, belajar bekerjasama sesama rakan, pensyarah dan komuniti setempat
juga merupakan nilai murni yang saya dapat daripada program ini. Kerjasama
merupakan asas bagi setiap organisasi yang dinamik dan praktikal. Oleh yang
demikian, kerjasama diperlukan daripada semua pihak termasuk daripada
pelajaryang bertindak sebagai kumpulan penggerak, pensyarah selaku penasihat
dan komunikasi setempat sebagai kumpulan target bagi program ini. Tanpa
kerjasama yang jitu dan kukuh tidak mungkin program ini dapat berjalan dengan lancer
dan teratur.
Akhir
sekali, pengajaran yang saya belajar adalah kita perlu sentiasa menyumbang
kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Kita sebagai mahasiswa tidak
seharusnya memekakkan telinga dan memandang enteng tentang masalah masyarakat
terutamanya masyarakat luar bandar dan pedalaman. Walaupun, kita tidak dapat
membantu menghilangkan masalah mereka namun sedikit sebanyak memadai untuk kita
mengurangkan beban mereka kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikul. Mungkin dengan bantuan kita dapat sedikit sebanyak mngukir senyuman
berharga terhadap masyrakat tersebut.
Kesimpulannya,
banayak pengajaran dan nilai murni yang saya dapat daripada mengendalikan program
ini. Subjek ini pada pendapat saya wajar diteruskan pada masa akan datang. Hal
ini kerana, program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan nama baik
Universiti Malaya di setiap pelosok negara. Manfaat kepada mahasiswa(I) juga
amat besar. Besar harapan saya pelajar pada sesi hadapan dapat mengendalikan
program yang memberi impak yang lebih bermanfaat kepada masyrakat.”
SETIAUSAHA
IZZATI HANIM BINTI MUHAMMAD YUSRI
“Sepanjang
tiga hari dua malam aktiviti jalinan masyarakat ini dijalankan , apa yang saya dapat
termasuklah menerapkan rasa syukur dalam diri kita. Hal ini demikian kerana,
saya bersyukur dengan keselesaan yang saya pernah lalui di zaman sekolah rendah
selepas melihat suasana sekolah di Sk Telok Pial. Saya berasa syukur dan
gembira pada masa yang sama apabila melihat para pelajar mereka yang masih
mampu menikmati kehidupan dengan bahagia tanpa gajet – gajet pintar di tangan
mereka. Selain itu, melalui program ini, hubungan kami semakin erat setelah
banyak diskusi dan pergerakan yang dilakukan bersama-sama. Hubungan yang baik
dan erat sangan penting untuk memastikan sesuatu kerja itu dapat dijalankan
dengan habis baik. Bukan itu sahaja, kami juga dapat mengasah bakat dalam ilmu kefasilitatoran
dalam mengendalikan aktiviti Bersama para pelajar sk telok pial. Komen saya untuk
majlis penutup pula, para mahasiswa dapat belajar untuk menguruskan majlis
penutup dengan lancar dan mengikut tentative program. Akhir sekali, kami dapat
membantu menabur bakti kepada sekolah itu dengan mencantikkan dewan sekolah
mereka dan bergotong royong membersihkan surau di kampung yang berdekatan
bersama-sama dengan orang kampung.”
BENDAHARI
SEAN KAM CHUAN SHEN
“This
Social Engagement project to SK Teluk Pial has been a great experience for me. I
had a great time working with my group members, who demonstrated passion,
enthusiasm and patience in handling the hyperactive primary school kids. The
kids showed levels of enthusiasm and energy which I have probably never
experienced before. They enjoyed all the activities we planned, no matter how
silly it seemed to me, they treated all like ‘the best activity in the world’.
We managed to beautify the hall immensely our cleaning and redecorating
activities.
I’m
also very thankful to our hosts for providing us with warm hospitality,
kindness and food. I experienced a shining example of Malay hospitality at that
rural area. Travelling to Teluk Pial made me feel like travelling back 50yrs
into the past. The environment, the food, the houses, the lifestyle all feel
like a blast from the past. Except for cars of course! In conclusion, this is
an amazing experience I highly recommend to others. Do take an opportunity to
leave the concrete jungles and return to our roots!”
BIRO PROTOKOL & AKTIVITI
NUR AMIRAH BT MOHD FAUZI
“Semasa
Program Jalinan Mesra bersama SK Telok Pial berjalan, saya telah memperoleh
banyak faedah dan ilmu pengetahuan yang pastinya berguna bagi diri saya pada masa
akan datang. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama
rakan-rakan sekumpulan, saya mula mempraktikkan sifat bekerjasama dan tolenrasi
dalam diri. Selain itu, melalui projek ini juga hubungan silaturrahim antara
ahli kumpulan kami turut menjadi lebih erat. Tidak lupa juga tunjuk ajar dan
sumbangan penasihat projek ini iaitu Dr. Jasmi telah menambah baik dan
mengukuhkan hubungan dua hala anatara kami. Saya juga mula merasai kepentingan
hubungan kemasyarakatan yang perlu diamalkan dalam negara ini. Hal ini demikian
kerana, saya dapat belajar cara berkomunikasi dengan efektif dengan para
pelajar SK. Telok Pial dan penduduk kampung. Saya juga begitu teruja dalam
menjalankan projek ini kerana dapat meneroka tempat baru bak kata pepatah jauh
perjalanan luas pengalaman. Akhir sekali, saya dapat belajar menganalis
beberapa masalah yang dihadapi oleh kumpulan kami seperti masalah kekurangan
bajet perbelanjaan dan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.”
NOORAMIERA NATASHA BINTI WIZAN
“Saya
sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang dispesifikasikan dalam Biro
Protokol dan Aktiviti telah mempelajari terlalu banyak perkara sepanjang
menjayakan program ini. Pertama sekali, saya mempelajari cara mengurus masa,
cara menyusun atur majlis dan cara mengawal pelajar- pelajar yang lebih
sistematik. Saya telah belajar mengurus masa melalui penyusunan
aktiviti-aktiviti untuk para pelajar, menyusun atur majlis untuk majlis penutup
program tersebut dan cara mengawal pelajar-pelajar sepanjang program tersebut
berlangsung. Saya juga dapat mempelajari beberapa nilai seperti semangat
berpasukan, berfikiran terbuka, berjimat cermat dan hormat-menghormati.
Semangat berpasukan amatlah penting kerana jika kami tidak bersatu hati sebagai
ahli sepasukan, pasti program ini tidak akan berjaya dilaksanakan dengan
jayanya. Saya juga belajar untuk berfikiran terbuka dan tenang dalam apa jua
keadaan. Hal ini amat penting agar tidak berlaku perbalahan sesama ahli
jawatankuasa dan masalah yang kami hadapi dapat diselesaikan dengan lebih
mudah. Saya juga belajar untuk berjimat cermat terutamanya dari segi kewangan.
Akhir sekali, saya dapat pelajari kepentingan hormat-menghormati antara satu
sama lain. Walaupun kami lebih tua dari segi usia daripada pelajar-pelajar
tersebut yang merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah yang rata-ratanya
terdiri daripada pelajar Tahun 5 dan Tahun 6, kami tetap perlu menghormati mereka
sebagaimana kami menghormati orang-orang lain yang seusia atau yang lebih tua. Seterusnya,
saya juga percaya bahawa program ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga
dan amat bermanfaat bagi kami. Saya berharap agar hubungan yang telah kami jalin
bersama warga SK Telok Pial, keluarga angkat kami dan juga penduduk Kg. Nelayan
akan terus kekaldan menjadi lebih utuh pada masa akan datang.”
BIRO LOGISTIK
WAN MUHAMMAD RIZUAN BIN WAN ZAILANI
“Pada
6 hingga 8 april yang lalu, kumpulan kami telah melakukan sebuah program
jalinan masyarakat bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Pial yang
terletak di Kuala Kurau Perak bagi memenuhi kredit mata pelajaran universiti
kami pada sem ini. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah
memberi saya banyak pengajaran yang berguna dan memberi impak yang besar kepada
saya. Program ini telah banyak mengajar saya untuk menjadi fasilitator yang
baik kepada para pelajar kerana sebelum ini saya tidak pernah menjadi
fasilitator. Hal ini telah banyak mengajar saya dari segi kepimpinan dan
cara-cara untuk mengendalikan sesebuah program. Selain itu, saya juga
didedahkan dengan kehidupan dan cara mereka belajar di sekolah yang kecil yang
hanya mempunyai lebih kurang seramai 30 orang pelajar tahun 6. Melalui program
ini dapat menimbulkan rasa syukur kepada tuhan dengan apa yang saya dapat terutama
sekali dapat belajar dengan pelbagai kemudahan. Saya juga dapat mengenali
ahli-ahli kumpulan saya dengan lebih dekat dan dapat mengeratkan silaturrahim
sesama kami. Kami telah menjalankan banyak LDK bersama para pelajar dan kami
juga banyak berkongsi tentang alam sekolah menengah yang akan mereka tempuhi.
Hal ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada mereka untuk belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. Di samping itu juga, kami
juga melakukan aktiviti bersama penduduk kampung iaitu membersih surau kampung.
Melalui aktiviti ini, kami dapat bersua kenal dan bergotong-royong bersama
penduduk kampung. Hal ini memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada saya
dan juga kesan yang mendalam kepada penduduk kampung. Saya berharap agar
program seperti ini dapat diteruskan dalam kalangan pelajar supaya dapat
menimbulkan sikap kerjasama dan ikatan yang kuat antara pelajar dan masyarakat.”
BIRO TAJAAN
MUHAMAD AL MUZAKKIR BIN AWANG
“Assalamualaikum
w.b.t, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pengurusan kerana melalui program saya dapat belajar untuk berinteraksi dengan masyarakat
di luar. Melalui pogram ini, saya dapat memupuk minat pelajar Sekolah Kebangsaan
Telok Pial untuk mempunyai rasa sayang akan sekolah disamping meningkatkan tahap
pemikiran mereka melalui aktiviti yang telah dijalankan yang amat menguji minda
mereka. Di kesempatan itu, saya dapat menambahkan keyakinan saya untuk
berbicara di hadapan khalayak ramai. Hal ini kerana, saya sebagai pelajar
universiti perlulah mempunyai keyakinan tersebut. Selain itu, saya juga dapat
belajar untuk berkerjasama dengan pihak pentadbiran Sekolah kebangsaan Telok
Pial walaupun pada mula agak segan silu tetapi dengan bimbingan Guru Penolong
Kanan hal Ehwal Murid sekolah tersebut, saya dan rakan- rakan berjaya memberi
kerjasama yang baik sehingga berjaya merealisasikan program tersebut dengan jayanya.
Seterusnya, saya juga dapat menyesuaikan diri dengan penduduk kampung di
sekitar itu dan sempat beramah mesra dengan mereka. Saya dan rakan-rakan telah
membersihkan surau dengan bantuan penduduk kampung yang agak spontan dan sangat
baik. Bahkan juga, saya juga dapat belajar untuk berkerjasama dengan pihak rela
yang kelihatan agak tegas tetapi sangat baik. Akhir kata daripada saya, program
ini amatlah memberi banyak manfaat kepada para pelajar universiti dan boleh
digunakan oleh mereka di masa hadapan kelak.”
BIRO MULTIMEDIA
MUHAMMAD AIMAN B JOHAIDI
“Projek
jalinan masyarakat yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di SK Teluk Pial
Perak banyak memberikan pendedahan kepada saya tentang tanggungjawab yang
sepatutnya dilaksanakan sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa. Tujuan
utama kami adalah untuk memupuk nilai kasih sayang dan cinta akan sekolah
dengan menganjurkan aktiviti gotong royong sambil diselangi dengan aktiviti
dalam kumpulan. Sepanjang aktiviti disana berlangsung, kami tidak putus-putus
menerima pelbagai jenis soalan berkenaan latar belakang pendidikan kami dan
sering menerima permintaan daripada para pelajar untuk menceritakan pengalaman
dan tips untuk berjaya pada masa hadapan. Selain itu, melalui aktiviti dalam
kumpulan kami banyak mengajar dan memberikan penekanan tentang sikap hormat
menghormati terhadap golongan yang lebih tua dan golongan yang tidak dikenali. Berdasarkan
kes-kes pada masa kini, kami merasakan ianya wajar bagi kami untuk mengajar tentang
nilai ini agar mereka tidak berlaku kurang ajar dihadapan ibu bapa dan golongan
tua. Selepas itu, di pengakhiran program jalinan masyarakat, kami diberikan
peluang untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong di surau kampung yang
berhampiran. Di situ, kami belajar untuk berinteraksi dengan golongan yang
lebih tua dan belajar untuk beramah mesra dengan mereka. Akhir sekali, saya
berharap agar program jalinan masyarakat ini diteruskan pada masa hadapan agar
mahasiswa pada masa hadapan tidak lupa akan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan terhadap masyarakat sekeliling.”