KUALA LUMPUR, 06/04/2018 - Seawal jam 5 pagi, kami sekumpulan telah mula melakukan persiapan diri serta persiapan program sepanjang tiga hari seperti yang telah dirancang. Persiapan diri di awal jam begini telah dipersetujui oleh kami bagi mengelakkan kelewatan ataupun kesesakan jalan raya semasa perjalanan kami ke Kuala Kurau, Perak. Dengan berbekalkan dua buah kereta jenis Axia, kami berkumpul di perkarangan Kolej Tuanku Syed Zahirudin (Kolej Kediaman Kesembilan) selepas mengambil kesemua ahli kumpulan di kolej kediaman masing-masing bagi membuat persiapan yang terakhir sebelum kami memulakan perjalanan.
 |
| Persiapan terakhir sebelum bertolak. Lokasi: Perkarang Kolej Kediaman Kesembilan. |
Kami mula bertolak pada jam 6.45 pagi bagi memberi laluan kepada rakan-rakan yang beragama Islam untuk menunaikan solat Subuh terlebih dahulu. Memandangkan kumpulan kami terdiri daripada 4 orang ahli perempuan dan 5 orang ahli lelaki, kami telah mengambil keputusan untuk melantik pemandu kereta daripada ahli lelaki sahaja bagi tujuan keselamatan dan kebajikan ahli kumpulan kami. Perjalanan kami untuk tiba ke Kuala Kurau, mengambil masa kira-kira 4 jam lebih dan kami telah tiba di sana pada jam 11.00 pagi. Waktu perjalanan kami ini termasuk waktu kami berhenti di R&R Tapah untuk berehat seketika sambil membeli sarapan pagi kami.
 |
| Perjalanan setelah keluar daripada Highway. |
 |
| Memandu di kawasan kampung menuju ke Kuala Kurau, Perak. |
KUALA KURAU, 06/04/2018 - Setibanya kami di Kuala Kurau, Perak, kami terus menuju ke destinasi utama kami iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Pial yang terletak di dalam kawasan Parit Tok Him, Kuala Kurau. Kami berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah tersebut untuk sekali lagi menyatakan hasrat dan objektif kami untuk melakukan Program Jalinan Mesra ini di sekolah mereka. Ketibaan kami amat disambut baik oleh pihak sekolah. Kami di bawa ke pejabat sekolah untuk menguruskan beberapa dokumen penting sebelum kami dapat melakukan program ini di sekolah tersebut.
 |
| Perjumpaan kami bersama Guru Besar sebelum kami ke pejabat sekolah. |
Selesai urusan dokumen di pejabat, kami dibawa ke sekililing kawasan sekolah untuk memberi gambaran yang jelas terhadap pihak kami tentang keadaan dan selok belok sekolah tersebut. Kami telah dibimbing oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut semasa 'site visit' kami di sekitar kawasan sekolah tersebut. Di kesempatan ini, ahli-ahli kumpulan kami telah mengambil sebanyak maklumat berkenaan keadaan sekolah tersebut untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak kami. Setelah selesai 'site visit' di sekitar kawasan sekolah, kami berehat di kantin sekolah sambil membincangkan beberapa perkara sebelum program kami yang sebenar-benarnya akan bermula pada petang tersebut.




Setelah selesai urusan di sekolah, kami mula berkumpul untuk bertolak ke rumah keluar angkat kami yang terletak di Taman Kurau Jaya yang hanya mengambil masa selama minit perjalanan sahaja. Keluarga angkat kami merupakan penduduk asal Kuala Kurau yang telah mnetap di sana bertahun lamanya. En. Fauzi sebagai bapa angkat kami telah menerima dan menyambut kehadiran dengan baik sekali. Rumah keluarga En. Fauzi akan menjadi tempat penginapan kami selama kami berkampung di sana. Setelah selesai menyiapkan diri sendiri dan barang di bilik masing-masing, kami berkumpul semula di ruang tamu rumah keluarga angkat kami untuk meneruskan sedikit perbincangan sambil berehat dan menjamu selera dengan hidangan yang dihidangkan oleh keluarga En. Fauzi.
 |
| Perbincangan aktiviti diteruskan di ruang tamu rumah keluarga angkat kami (En. Fauzi). |
Kami sekumpulan mengambil masa masing-masing untuk berehat seketika pada waktu tengah hari. Memandangkan ahli kumpulan lelaki perlu bersiap-siap untuk menunaikan fardu Solat Jumaat, ahli perempuan akan melakukan persiapan akhir sementara menunggu ahli-ahli yang lain selesai dengan urusan mereka. Kami mula bertolak semula ke SK Telok Pial pada jam 02:30 petang dan mula membuat persiapan untuk menyambut adik adik yang akan bersama-sama menyertai program kami ini. Seramai 20 orang pelajar tahun lima terlibat pada petang tersebut. Program kami bersama murid-murid SK Telok Pial tersebut secara rasmi bermula pada jam 03:00 petang.
Aktiviti kami dimulakan dengan sesi '
ice breaking' kami dan murid-murid tahun lima SK Telok Pial. Kami, bertindak sebagai fasilitator program mula memperkenalkan diri kami kepada murid-murid seorang demi seorang. Selesai perkenalan diri daripada barisan fasilitator, murid-murid tahun lima pula memperkenalkan diri mereka seorang demi seorang. Antara butiran diri yang diminta untuk diperkenalkan adalah; (i) Nama penuh; (b) Nama panggilan; (c) Hobi; (d) Cita-cita; dan (e) Bakat. Memandangkan jumlah mereka yang tidak begitu ramai, sesi perkenalan diri ini tidak mengambil masa yang terlalu lama.
 |
| Fasilitator sedang membuat tagging adik-adik. |
 |
| Sesi perkenalan diri adik-adik tahun lima SK Telok Pial. |
Selesai sesi '
ice breaking', kami meneruskan aktiviti kami dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)/
indoor games. Kami memulakan sesi ini dengan permainan 'Matematik Koyak'. Objektif utama 'Matematik Koyak' adalah untuk menguji kerjasama dan ketangkasan adik-adik dalam menyelesaikan permasalahan matematik yang mudah. Di samping itu, 'Matematik Koyak' juga menguji semangat setiakawan adik-adik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Aktiviti ini dapat sambutan yang hangat daripada adik-adik kerana aktiviti ini melibatkan pergerakan sekitar dalam dewan. Permainan ini mengambil masa sehingga jam 04:30 petang kerana ingin memberi laluan kepada adik-adik untuk berehat minum petang sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menunaikan solat fardu Asar. Seterusnya, aktiviti LDK/
indoor games diteruskan dengan permainan '
Messy Maze'. Aktiviti '
Messy Maze' diadakan bertujuan melatih adik-adik untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih kreatif dan mendorong adik-adik untuk berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Para fasilitator juga mengambil peluang untuk bersama-sama bermain bersama mereka disamping membimbing setiap aktiviti yang dijalankan. Sesi refleksi juga diselitkan di antara setiap slot agar adik-adik mendapat input yang ingin pihak fasilitator sampaikan. Slot refleksi ini diadakan bertujuan memberi pengajaran dan nasihat yang berguna kepada adik-adik dan semua aktiviti LDK/
indoor games tidaklah hanya mendapat penat dan keseronokan semata-mata.
Tanpa membuang waktu, aktiviti pada petang itu diteruskan lagi dengan permainan
outdoor games yang mengambil tempat di padang sekolah. Semua fasilitator dan pelajar terlibat dalam permainan
outdoor games ini. Permainan yang kami bawa untuk bermain bersama mereka membawa objektif yang utama iaitu menguji kerjasama setiap pasukan dan juga kepekaan mereka dalam mendengar dan menyampaikan maklumat yang diberi. Aktiviti outdoor games ini mengambil masa sehingga jam 06:00 petang sebelum pelajar dilepaskan untuk pulang ke rumah. Sebelum itu, kami sekali lagi memasukkan slot refleksi dan perkongsian untuk memastikan semua pelajar itu mendapat input yang positif daripada setiap permainan yang kami mainkan. Sebelum beredar, kami juga ada mengambil gambar kenang-kenangan untuk hari pertama bersama para pelajar.
Bagi aktivti malam, kami mengadakan malam BBQ bersama-sama keluarga angkat kami. Kami memberikan bantuan tenaga untuk persiapan makanan dan tempat. Tujuan utama kami adalah untuk mengenali lebih dekat tentang latar belakang keluarga angkat kami. Kami sangat beruntung kerana keluarga angkat kami juga membekalkan banyak sumber laut seperti ikan dan udang segar yang masih segar dijala. Usai makan malam tersebut, kami mengemas semula tempat dan semua alatan dan melakukan persiapan untuk aktiviti hari kedua.