LAPORAN HARIAN [AHAD, 08 APRIL 2018]

KUALA KURAU, 08/04/2018 - Jam 7:00 pagi, kami bersama-sama dengan keluarga angkat telah bersarapan nasi lemak dan beramah mesra buat kali terakhir sebelum bertolak ke Sekolah Teluk Pial untuk menyiapkan kerja-kerja kemasan dewan dan bersiap sedia dengan majlis penutup.




Jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, senam robik dijalankan. Selepas itu, kami dan para pelajar melakukan sesi perkongsian dimana para fasilitator telah diminta berkongsi pengalaman sebagai pelajar universiti. Para fasilitator juga berkongsi tentang apa itu Geologi dan menanamkan semangat ingin tahu dalam diri mereka. Selepas itu, pelajar diminta mengisi survey dan memberi maklum balas mengenai program jalinan mesra bersama SK Telok Pial.  Sekitar jam 10.00 pagi, kami membuat persiapan untuk majlis penyampaian hadiah dan majlis penutupan program ini.

Majlis Penutup berlansung pada jam 11.00 pagi. Majlis dihadiri oleh Encik Mohd Fauzi bin Abdul Hamid selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang menjadi wakil Guru Besar, guru-guru, serta para pelajar yang terlibat dalam program ini. Majlis ini dimulai oleh doa yang dibaca oleh saudara Muhamad Aiman bin Johaidi manakala selaku pengerusi majlis ini adalah Izzati Hanim Binti Muhammad Yusri. Dalam majlis ini, Pengarah Projek Jalinan Mesra bersama SK Telok Pial iaitu saudara Ariff Loqman bin Ismail menyatakan pihak kumpulan kami amat berbesar hati dengan para guru dan pelajar SK Teluk Pial yang telah memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini. Manakala dalam ucapan Encik Mohd Fauzi, Guru Penolong Kanan Pentadbiran pula menyatakan beliau amat berbesar hati kerana kami sekumpulan dapat meluangkan masa untuk bersama dengan para pelajar sekolah berkenaan. Beliau juga berharap program sebegini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan kerana dengan program ini, para pelajar dapat didedahkan dengan dunia luar sekaligus dapat memupuk cita-cita mereka untuk mengikuti jejak langkah para fasilitator.





Selepas ucapan daripada Encik Mohd Fauzi dan saudara Ariff Loqman, sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dalam sukaneka yang diadakan. Jelas kelihatan riak wajah para pelajar yang gembira apabila penyampaian hadiah berupa hamper itu berlansung. Sesi pembahagian hadiah ini disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi yang diiringi oleh saudara Ariff Loqman. Majlis tamat pada pukul 12:00 tengah hari.














Setelah majlis penutup tamat kami telah berehat dan makan tengahari bersama-sama di tepi laut sehingga pukul 12.45 tengahari. Jam 12.45 tengahari sehingga 2.00 petang kami telah pulang ke rumah keluarga angkat dan mula mengemas barang-barang peribadi untuk dibawa balik ke UM.

 Pada pukul 2.00 kami telah bertolak ke Surau Al-Hidayah Kampung Nelayan untuk mengadakan aktiviti terakhir iaitu gotong-royong bersama penduduk kampung. Beberapa penduduk kampung turut hadir untuk membantu membersihkan surau dan kawasan sekelilingnya. Aktiviti diketuai oleh Pengerusi Surau Kampung Nelayan, Ustaz Hamid Bin Man. Terapat juga beberapa penduduk kampung bergotong-royong menyediakan makanan untuk peserta aktiviti ini. Jabatan Sukarelawan Malaysia atau RELA juga telah menaja aktiviti gotong-royong ini dengan memberi pakaian percuma kepada ahli kumpulan kami dan juga penduduk kampung yang hadir.



















Aktiviti gotong-royong berakhir pada pukul 4:00 petang.Sebelum berangkat pulang ke UM, kami telah bersalam-salaman dengan penduduk dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kami untuk mengadakan program jalinan masyarakat di surau tersebut. Kami memulakan perjalanan balik ke UM pada pukul 4:15 petang dan sampai pada pukul 9:00 malam.













Share: